Life's Happening !
Kisah lucu aku dan catur….yang penuh dengan pengajaran!
Pada 24/04/05 aku telah diwakilkan utk ke pertandingan catur peringkat negeri di SMK Sering. Kebetulan hari tu seluruh sekolah di negeri kelantan mengadakan ujian pegesanan yg dibuat oleh Kementerian Pendidikan Negeri Kelantan,aku termenung sejenap apabila diberitahu peperiksaan akn diadakan dan peperiksaan ini pula adalah peperiksaan Pendidikan Agama Islam dan juga peluang aku untuk dapat A.Tahun ni juga aku akn menjalani peperiksaan paling bersejarah dlm hidupku iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Cikguku pernah berkata “Sekarang bukannya masa untuk bermain tetapi peluang untuk mengubah hala tuju,kerana SPM ini adalah Sijil Penentu Masa hadapan”.
Apabila difikirkan balik…aku telah membuat keputusan untuk ke pertandingan catur peringkat negeri itu.Akhirnya aku dan 4 lagi wakil telah dihantar ke pertandingan itu untuk menguji ketajaman minda masing-masing.Wakil terdiri daripada 3 kawanku dari tingkatan lima bagi kategori bawah 18 thn dan 2 lagi yg juga kawanku dari tingkatan 3 bagi kategori bawah 15 thn.Aku tlh dihantar ke sana dan mengambil nombor kelayakan.
Aku bernombor 13. Semua peserta diwajibkan bermain sebanyak 6 pusingan untuk mengutip mata masing-masing.
Round 1:
Pada pusingan pertama aku telah bertemu dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Faris Petra,yg juga sekolah tersohor di negeri Kelantan.Bila diarahkan bersedia semua peserta duduk di tempat masing-masing. Apabila diarahkan mula semua peserta berjabat salam dan terus memulakan permainan. Aku bermain catur berwarna putih. Aku pun memulakan langkah dahulu.lepas tu dia pulak,pastu giliran aku pulak,pada mulanya aku berasa confidence dgn gerakan serang hendap aku tu selepas aku tekan masa aku di jam tu,tiba-tiba……dia terus ckp Checkmate!!! Aku bagaikan tidak percaya! Aku terus pucat dan keliru merasakan bagai ada penipuan…peserta di tepi ku semua terkejut beruk dgn pihak lawanku…akhirnya aku terus akur dan berjabat salam denganya. Pihak lawanku terus pergi kehadapan untuk merasmikan kemenangannya itu pada pengadil di hadapan tu. Sebaliknya aku pula kebelakang kerana pihak yg kalah terpaksa susun buah chess tu dan terus kebelakang supaya tidak mengacau peserta lain. Aku terus kebelakang dengan muka yg tak tahu malu dan selamba jer,tapi sebenarnya malu kerana:
1) Aku org pertama yg terkeluar!
2) Aku malu dengan semua 500 peserta yg memandang ke arah aku tu!
3) Aku malu dengan cikgu sekolah ku!
4) Aku ditewaskan dlm masa 30 saat!
5) Aku memecah sejarah bermain catur dengan masa tamat yg paling singkat!
6) Aku memalukan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra!
Apabila aku duduk dikerusi yg disediakan,bersebelahan dengan cikguku..apabila diberitahu cikguku terus tergelak macam org bodoh jer! Aku berfikir rugi pulak aku tak pergi ke peperiksaan itu dan aku tiada semangat untuk bermain pusingan seterusnya lagi..aku juga berfikir mungkin tak berkat kot aku tinggalkan peperiksaan Pendidikan Agama Islam..kerana mula-mula pun sudah bertemu pihak lawan yg terlalu mahir dlm catur ini dan aku diberitahu dia adalah wakil negeri tahun lepas. Aku dan cikgu pun tunggulah 4 org lagi. Hampir setengah jam aku tunggu akhirnya wakil sekolah ku keluar dgn keputusannya kalah kepada lawan, dan sorang lagi pun keluar dgn keputusan yg sama iaitu kalah kepada lawan. Hampir sejam, seorang lagi keluar dgn keputusan kalah dan yg sorang lagi pun keluar dgn senyumnya yg entah apa-apa…dan apabila diberitahu…dia pun kalah gak!
Cikguku sekali lagi gelak bodohnya yg tak terhingga tu. Keputusan Pusingan Pertama, semua wakil sekolahku kalah kesemuanya….haha..ha!
Pointku (0)
Round 2:
Pada pusingan pertama aku telah tewas dan meneruskan pejuanganku yang belum selesai ni. Aku pun diketemukan dengan lawan yg ntah dari sekolah mana. Aku pun mulakan dengan gaya Flying Flip,kali ni aku memegang buah berwarna hitam iaitu buah yg lebih dikenali dengan buah defend kerana putih adalah menyerang dan hitam adalah pertahanan. Kali ni aku bermain lama jugak lebih kurang sejam lebih gak..pasal lawan aku tu fikir sampai 10 minit sekali bawak,mana tak lama tu!..aku pun perahlah otak dan akhirnya aku serang dia bertubi-tubi akhirnya barulah aku dapat Checkmate King dia tu……..~Huh aku menarik lafaz lega kali ni…nasib baik kali ni aku menang!……dan orang yang telah memalukan aku pada pusingan pertama tu menang dengan sepuluh langkah pada pusingkan kedua.
Sekarang point ku (1).
Round 3:
Aku pun diaturkan dgn bertemu ngan sekolah yg aku tak ingat nama sekolah dia…..apabila diarahkan bersedia,semua pun duduklah di tempat masing-masing…aku pun duduklah dan tunggu lawanku duduk dihadapan…aku pun pelik sebab tiada org didepanku itu…dan seorang pemuda pun datanglah nampak macam pihak lawanku…tiba-tiba dia bagitau kat aku lawanku dah balik pasal nk ambik peksa kertas 2 Pendidikan Agama Islam,pada masa tu lebih kurang kol 12:00,rupa-rupanya dia adalah pengadil. Aku masih ingat kata-kata pengadil tu kat aku pada masa tu “Tahniah! awak berjaya dengan Bye”. Aku pun dengan selambanya pergi kat depan tu laporkan aku menang dengan Bye kerana pihak lawan dah balik. Dalam hatiku pada masa tu sungguh tak tahan nk ketawa dah, dan aku pun bagitau kat cikguku aku menang dengan keputusan tanpa bertanding ‘Bye’. Aku pun bersyukur kerana aku kalah pada pusingan pertama ada hikmahnya…ceh cakap macam orang yang dah insaf. Wakil sekolah ku yg lain pun ada yg menang dan ada yg kalah gak dan 2 orang kawanku tingkatan lima tu bertemu sesama sendiri dan keputusan mereka adalah seri (1/2) kerana dah berpakat tu sebab tak nk malukan nama masing-masing!
Sekarang point ku menjadi (2).
Aku pun baliklah kerana pusingan ke 4 hingga 6 akan dimulakan esok hari.
25/04/05-Keesokan harinya….aku masuk kekelas dulu untuk menanda kehadiran ku dan kawanku kata ari ni kumpulan kita kena buat Oral BM dan BI sekaligus! Aku pun tak tahu nk cakap camna lagi ngan cikgu aku tu mungkin boleh ditangguhkan kot pasal script pun duk ngan aku jugak..heeh..he.
Round 4:
Kali ni aku kena lebih cekap sikit….erm…aku kali ni buah yg berwarna putih hee…he…Hari ni aku sudah bersedia untuk berjuang heehe…menang dua kali dah pun!bangga tu....semua peserta pun diarahkan bersiap-sedia di tempat masing-masing dan masing-masing pun berjabat tangan….aku dengan tak sabar-sabar lagi terus bawak dengan taktik Double Action sampai lupa untuk tanya nama sekolah pihak lawanku tu..Aku mulakan dengan serangan!aku naik Queen dan silang dengan Bishop sebab peluang taktik Double Action lebih kurang 80% untuk menang tapi dengan syarat sepuluh langkah pertama pastikan dia tak kuarkan soldier yang berada di depan Queen.kali ni aku bermain buah warna putih satu keistimewaan padaku tu.Kali ni aku berharap boleh menang….mula-mula aku menyerang pihak lawanku itu dan berkali-kali aku check King dia tu…kemudian aku terlepas pandang…tiba-tiba Bishop dia pun meluru lah ke Queen ku…..”Ishhh!! Oh Shit!!” aku sungguh terkejut dan terus hancur taktik yang aku telah susun tu! Tapi dia dah boleh baca taktik ni dan segalanya Hancur!!!….kali ni dia pulak yang menyerang selepas melumpuhkan Horse aku tu pasal Horse aku dah kawal empat kawasan kat depan tu untuk aku Checkmate!…lama-lama strategi aku perlu ditukar dan aku terus berundur dan dia pulak yang terus menyerang. Hampir sejam lebih gak aku lawan denganya tu dan akhirnya aku kena Checkmate!!! Akhirnya aku ditewaskan olehnya kerana dikepung oleh Castle dia! dua kali aku ditewaskan!
Sekarang point ku masih kekal (2).
Round 5:
Kali ni aku takkan tersilap lagi…kali ni aku bertemu dengan tuan rumah pertandingan catur ni iaitu peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sering. Aku rasa kalu tuan rumah mesti yg terhebat, pertandingan pun bermulalah….kali ni aku buah berwarna hitam…aku hanya ada 3 taktik tuk buah warna ni dan kalu tak jadi aku hanya main macam tu jer ikut kepandaian.Kali ni dia mengasak aku dengan teruk sehingga aku hanya tinggal soldier ngan King dan peluang tuk aku tewas adalah sangat tinggi! Apabila dia kuarkan White Horse dia tu aku pun tak boleh bergerak! semua petak dah dikepung dan soldier aku pun tak boleh bergerak sebab dah kena block oleh soldier dia. Aku sebenarnya mengharapkan seri tapi setahu aku kalu nk seri kena King tinggal keseorangan dan kena langkah 14 kali tanpa checkmate!…..aku pun fikir apasal dia ni bodoh sangat tak nak makan soldier aku tu!…peluang aku pun tipis lah tuk seri dan tiba giliran aku untuk bawak…King aku dah kena kawal dan soldier pun dia tak makan dan disini aku dan pihak lawanku pening kepala dan panggil pengadil tu…dan mujurlah pengadil tu tak pilih kasih kerana yang aku lawan tu adalah harapan sekolah dia!..akhirnya dia panggil pengadil yang tertinggi dan keputusan muktamad telah ditetapkan. Keputusan perlawanan adalah seri!!!
Hehee…he…aku hanya tersenyum dan berjabat salam dengannya. Aku dan dia pun terus kehadapan melaporkan yang keputusan adalah seri!
Sekarang point aku naik sikit menjadi (2 ½)
Apabila aku telah seri aku pun pergi ke tandas pasal nak terkencing. Kalu nak tau sekolah ni kalu nak masuk tandas kena pecat kacut,yang tu aku peliknya peraturan apa ntah! tapi aku terus masuk dengan buat bodoh jer dan selepas tu aku pergi kat bag aku jap untuk minum air. Tapi bila aku duk tengah syok minum air tu aku terpandang sorang awek tu yang lawa gak. Aku atur langkah aku,aku tenggok dia jap dan dia pun pandang terus kat aku..apa lagi aku pun terus pergi kat dia tapi bukan bertujuan nak ngorat dia sebab nanti ina aku marah lak..pasal aku takkan kecewakan awek yang setia kat aku tu....aku tanyalah dia menang ke kalah ke sekolah kat ner? tingkatan berapa?..dan bla..bla…aku pun tak nk cakap banyak dan aku pun stop lah dan pergi pulak kat tempat daftar tu…pastu ada seorang abang yang jaga kat situ tanya aku dah dapat berapa point?? Aku pun jawablah (2 ½) dia pun offer kat aku nk tau tak cara sebenar main catur ni..aku pun apa lagi…dan dia pun bukak papan catur dan ajar aku cara taktik sebenar main catur ni…dia tu wakil catur kat University dia ke peringkat antarabangsa….dia kata catur ni ada lebih kurang 100 taktik dan dia pun teranglah kat aku taktik yang biasa Grand Master gunakan….selepas tu senarai nama pusingan yang ke 6 pun dah diatur.
Round 6:
Kali ni aku tak gunakan ketajaman otak aku dah..aku hanya hafal taktik yang dah diajar tu jer…kali ni aku mendapat warna putih sekali lagi!…Bila diarahkan bersedia dan berjabat tangan..aku pun bacalah Bismilahirahmanirahim...dan aku pun ada baca gak doa makan pasal niat aku nak makan jer dalam pusingan ni…aku teringatkan abang tadi bagitau kat aku ni kalau nk betul-betul professional kita perlu fikir empat langkah ke hadapan…warna putih bukak dulu,aku mulakan dengan apa yang abang tu suruh aku buat,langkahku dah diatur dan bila Bishop aku dah kawal dan aku pun buatlah Open Check aku pun Castlinglah dan Queen aku makan dan aku pun sebut Checkmate!!! dengan bangganya aku pun biarkan dia terkejut dan fikir sekejap…heee…hee…Aku Menang!! dengan masa kurang 2 minute dan hanya bergerak empat langkah jer!!! Aku pun dengan rileknya ke hadapan untuk istiharkan kemenangan aku kepada pengadil kat depan tu..Just be Proffesional-erm…aku hanya tenggok jer pihak lawanku susun buah catur tu dengan muka yang kesian..…hee
Pastu aku pergi kat cikgu nak bagitau kat dia..heee…bahawanya aku menang dengan cepat dan teratur!…aku pun tunggulah kawanku yang lain tu dan aku juga tidak lupa ucap terima kasih kat abang yang ajar aku taktik yang canggih tu! Aku bagitau kat dia taktik ni menjadi!
Sekarang dengan bangganya aku bagitau point ku adalah (3 ½).
Tapi point ni tak leh melayakkan ku untuk mewakili Kelantan..pasal aku kekurangan sekurang-kurangnya setengah point lagi…lagipun abang tu baru nak bagitau kat aku pasal taktik tu kalu bagitau awal-awal kan aku boleh menang…tapi takpa sekurang-kurangnya aku dah dapat ilmu dan taktik yang paling canggih dalam permainan catur! Aku pun baliklah dengan rasa bangganya dan penuh dengan kesyukuran kerana maruah aku telah dibersihkan…


















<< Home